Lompat ke konten

Bintang Pustaka I Penerbit Buku Pendidikan I Anggota IKAPI

Obral!

Nasionalisme dan Identiti dalam Konflik Budaya Malaysia-Indonesia

Rp76.500

Kajian ini membincangkan tentang nasionalisme dan identiti dalam konteks konflik budaya mempengaruhi hubungan Malaysia-Indonesia. Sehubungan dengan itu, saya telah mengemukan dua cadangan sebagai hasil kajian sebagai penyelesaian berkaitan konflik budaya.Kesenian dan kebudayaan merupakan simbol identiti sesebuah masyarakat. Oleh itu, kesenian dan kebudayaan akan menjadi sensitiviti sesebuah masyarakat serta mampu mempengaruhi nasionalisme masyarakat sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia dan Indonesia, konflik terjadi akibat tahap nasionalisme yang tinggi. Tambahan pula, kepekaan terhadap kesenian dan kebudayaan begitu lazim dalam sesebuah masyarakat. Bagi masyarakat Indonesia, kesenian dan kebudayaan merupakan lambang identiti sesuatu kaum.Oleh itu, segelintir masyarakat Indonesia telah melakukan tindakan yang wajar dalam menuntut hak intelek budaya mereka. Sebaliknya,masyarakat di Malaysia hanya melihat kesenian dan kebudayaan merupakan seni yang sentiasa lahir daripada sesuatu kaum. Oleh itu,kepekaan terhadap kesenian dan kebudayaan di Malaysia tidak dititik beratkan secara meyeluruh. Konflik berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor yang telah menjadi dominan dalam isu ini. Tambahan pula peranan media massa dan elektronik serta sentimen lokal yang tidak mampu dikawal secara menyeluruh telah menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat kedua-dua belah pihak. Kajian ini hanya tertumpu pada konflik budaya dan tahun 2007-2012 di mana keadaan kedua-dua buah negara mengalami kerencatan terhadap hubungan dua hala. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah mengkaji punca sebenar konflik budaya yang mampu memberi impak kepada hubungan Malaysia-Indonesia dan seterusnya, memberi cadangan penyelesaian kepada kedua-dua buah negara terhadap isu ini melalui pendekatan konstraktivisme.

Kajian ini membincangkan tentang nasionalisme dan identiti dalam konteks konflik budaya mempengaruhi hubungan Malaysia-Indonesia. Sehubungan dengan itu, saya telah mengemukan dua cadangan sebagai hasil kajian sebagai penyelesaian berkaitan konflik budaya.Kesenian dan kebudayaan merupakan simbol identiti sesebuah masyarakat. Oleh itu, kesenian dan kebudayaan akan menjadi sensitiviti sesebuah masyarakat serta mampu mempengaruhi nasionalisme masyarakat sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia dan Indonesia, konflik terjadi akibat tahap nasionalisme yang tinggi. Tambahan pula, kepekaan terhadap kesenian dan kebudayaan begitu lazim dalam sesebuah masyarakat.

Berat 250 gram
Penulis

Azrul Azlan bin Abdul Rahman Muhammad Farhan Zulkifli

ISBN

978-623-8015-54-2

Jenis Kertas

BP 57

Jumlah Halaman

vi + 104

Kategori

Sosial Budaya

Laminasi Cover

Glossy

Tahun Terbit

November 2022

Ukuran Buku

15,5 x 23

Ulasan

Belum ada ulasan.

Jadilah yang pertama memberikan ulasan “Nasionalisme dan Identiti dalam Konflik Budaya Malaysia-Indonesia”

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Kategori